Saturday 5 October 2013

WELLNESS WORKSHOP ~ BENGKEL NUTRISI SHAKLEE 2013..besttt!!

Berita pasal bengkel nutrisi yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya ni saya dapat tahu melalui facebook upline saya iaitu Wan Fatihanum....terima kaseh kepada beliau dengan info tersebut. Maklum la buat pertama kalinya saya akan menyertai bengkel tersebut.

Masa beli tiket dekat HQ di Empire Subang hari tu, masya Allah punya la ramai nyer orang dalam tu dok beratur nak membeli barang Shaklee. Kalau diikutkan masa saya mula2 join Shaklee ni kalau hari2 minggu macam hari sabtu ni orang memang ramai tapi tidak la sampai kene beratur hingga ke luar office....dah jadi satu Fenomena pulak Shaklee sekarang ni!!! Sambutan yang diluar jangkaan..

Jadi saya skip giliran lepas seorang kakak ni habis di kaunter...dapat la beli tiket berharga rm40 tanpa menunggu lama....dah ade tiket simpan elok2 dan tak sabar nak menunggu harinya tiba...

Tiket yang berjaya diraih...


Tadaaa...muncul la hari yang ditunggu-tunggu..

Bergerak dari rumah jam 9.30 pagi tadi...ehmm dalam 15 minit dah sampai...Shah Alam ke Subang jer kot...hehehe. Alhamdulillah...
Suami dan anak perempuanku nur yang menghantar sampai di depan lobi hotel...kesian pulak bila tengok nur tepinga-pinga kononnyer ingat nak berjalan-jalan la tu..maaf yer anakku ibu tugas untuk menambah ilmu.

Buku nutrisi...snap gambar dulu sebelum kelas bermula..

Untuk Sesi pertama disampaikan oleh Mr.Ethan Wang mengenai Online Training Manual ~ manual latihan dalam talian...senang cerita dia ajar macam mana nak oder melalui online...sila la layari laman ini iaitu https://www.shaklee2u.com.my/...banyak info-info menarik yang dikongsikan.

Haa..ini lah orangnya..kelakar jer masa bagi speech tadi..


Ok..untuk sesi kedua disampaikan oleh Mrs Celina Lim mengenai nutrisi-nutrisi pada setiap produk Shaklee. Sangat banyak info-info dan makluman yang penting yang telah dikongsikan bersama oleh beliau. 

Sebagai contoh "sebab kenapa kita perlukan suplemen untuk kehidupan harian kita?"..
  • Pencemaran alam sekitar yang boleh menyebabkan kerosakan tanaman dan kepada manusia
  • Cara pemprosesan makanan yang  tidak mengikuti piawaian yang betul
  • Gaya hidup masakini yang tidak sihat dan sentiasa sibuk
  • Keperluan zat harian yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Pengunaan bahan kimia atau racun perosak kepada tanaman
  • Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan
Kepentingan mengambil vitamin ni bukan hanya pada orang dewasa sahaja..kanak-kanak pun harus diutamakan...kerana meraka masih kecil tahap imun yang rendah akan cenderung untuk dijangkiti sebarang penyakit...sudah tentu sebagai ibu-ibu yang prihatin rasa kesian bila tengok anak-anak kita dalam keadaan begitu. Maka apa tunggu lagi sebelum terlambat kerana nyawa tiada nilainya jika kita terlewat untuk mengambil lankah pencegahan!

Jommss..ramai-ramai kita meningkatkan tahap kesihatan keluarga ke arah yang lebih baik untuk kehidupan yang akan datang...!!

Berbalik pada sesi tadi diselitkan juga sedikit permainan bagi meghilangkan mengantuk...macam permainan kotak beracun tu jer...kebetulan saya yang kena...tampil ke depan dan beri sedikit pendapat mengenai produk kegemaran saya..Oh sudah tentu ibu menyusu seperti saya sukakan ESP (Energizing Soy Protien)...ia menjadikan susu saya pekat, bayi cepat kenyang dan susu lebih meriah gitu..dan diberikan hadiah yang kecil tapi besar penghargaannya pada saya.

 Rezeki hari ni...ole-ole dari Shaklee

Selain itu selepas selesai Mrs. Celina memberi ceramah ada juga sesi berkumpulan dan persembahan kumpulan diakhirnya...banyak ilmu yang dapat saya kutip melalui aktiviti dalam kumpulan ni...sudah tentu menambahkan kenalan dan bertukar-tukar cerita dalam berbiz bersama Shaklee ni...pengalaman yang sangat berharga dan suntikan semangat yang sungguh LUARBIASA!!

Setelah penat seharian dalam majlis ilmu sebegini inilah hasilnya...tadaaa..


Ok sampai kat sini saja buat kali ini...panjang umur dan dimurahkan rezeki kita dapat berjumpa lagi.....




Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575







No comments:

Post a Comment