Wednesday 9 October 2013

Mengepam susu ditempat kerja...

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa keperluan   mengepam susu ditempat kerja bagi ibu-ibu yang akan kembali bertugas tidak lama lagi. Ini perlu bagi memastikan stok susu mencukupi.


Pemilihan Pam Susu

Anda akan memerlukan:
  •  Pam Elektrik - berbentuk satu atau dua hala (adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal)
  •  Pam Manual - mampu milik
  •  Pam menggunakan tangan


 Pam Elektrik Spectra 3...

 Pam Manual Medela..


Sebagai langkah awal siibu perlu membiasakan diri untuk mengepam susu semasa dalam tempoh berpantang lagi. Ini bagi merangsangkan pengaliran dan pengeluaran susu yang lebih efisyen.

Seharusnya ditempat kerja anda menyediakan satu bilik bagi ibu-ibu yang bekerja untuk mengepam susu seperti surau, bilik pejabat yang tidak digunakan, bilik persidangan atau bilik stor yang bersih  lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Selain itu jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat.Sokongan dan galakan dari orang sekeliling anda bagi memastikan penyusuan dapat dilaksanakan dengan jayanya..

Penting bagi anda tahu bahawa
  1. selepas bayi menyusu payudara perlu dikosongkan sepenuhnya
  2. ambil masa untuk mengepam di antara 15-20 minit bagi kedua-dua payudara / setiap sesi
  3. kekerapan pengepaman yang konsisten bagi tujuan penghasilan susu yang lebih banyak
  4. jangan tunggu payudara penuh / keras baru hendak mengepam. Ini akan  meyebabkan pengeluaran susu merundum
  5. anda hendaklah dalam keadaan tenang (tidak stress)
  6. berzikir "Ya Mattin" bermaksud Maha Sempurna KekuatanNya
  7. pengambilan makanan yang seimbang setiap hari
  8. air kosong perlu diambil dalam kuantiti 2-3 liter sehari (bahan asas kepasa susu ibu)
  9. pengambilan makanan tambahan atau suplemen
  10. rehat yang mencukupi 

Jadi dengan keazaman yang tinggi dan  usaha yang konsisten kejayaan bersama anda.

Sekian.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575













No comments:

Post a Comment