Thursday 31 October 2013

GLA Complex





Assalamualaikum...
Ok hari saya nak cerita cikit pasal GLA COMPLEX Shaklee ni....





Ape GLA Complex tu  yer?

GLA atau nama sebenarnya Gama Linolenik Asid adalah asid lemak Omega 6 tidak tepu yang berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita dan melawan inflamasi. Terbuka juga kepada kaum lelaki selain kaum wanita. Ia sangat membantu terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang mempunyai masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan juga kencing manis. Selain itu keistimewaan GLA Shaklee ini juga mengandungi vitamin E yang asli.



Bunga Borage


 GLA seeds


Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage sebanyak 17% - 25% yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA) yang paling tinggi, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni :-


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
 
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

GLA ini juga bukan saja untuk golongan wanita malah untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dalam makanan), remaja, dewasa dan mererka yang selepas manapous dan andropause(menopaus lelaki) kerana ianaya sama penting seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia, ianya diperolehi daripada makanan.


1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 






Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575

Testimoni GLA Copmlex


Assalamualaikum...
Hari tu saya dah ceritakan pasal GLA Complex ni kn...
Jadi hari ni pulak saya dah dapat good feedback dari custemer...
kisah nyer begini...

Kawan sepejabat saya ini ada membeli GLA Complex dengan saya selepas dia membuat 'reseach' di laman sesawang.
Masalah yang dia hadapi adalah kerana period yang tidak teratur dan keinginan untuk menimang cahayamata yang kedua. Usia anak lelaki sulungnya sudah mencecah 2 tahun. Oleh kerana masalah yang dihadapi itu beliau pun bertekad untuk mencari jalan penyelesaian dengan mencuba GLA Complex ni. 


Bermula pada bulan 7 2013...beliau mengambilnya secara istiqamah setiap hari. Walaubagaimanapun beliau masih menghadapi masalah period yang tidak teratur. Pesanan saya kepada beliau agar meneruskan juga pengambilan GLA.



Setelah beberapa bulan seterusnya beliau menyatakan kepada saya yang die ade buat pemeriksaan kehamilan dan keputusan yang sangat menujakan... positif!!. Selepas 4 bulan... Alhamdulillah berkat doa dan usaha beliau hajatnya dimakbulkan. Ehmm ...saya nasihatkan die agar menjaga diri di awal-awal kandungan ni.



 Kapsul GLA Complex Shaklee

Jika anda pun mempunyai masalah yang sama atau seangkatan dengan nyer boleh lah mencuba GLA Complex ni....





Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575


Wednesday 23 October 2013

Testimoni Collagen Powder Shaklee memang terbaik!!

Hati berbunga-bunga hari nie..sebab ape nak tau?? Pagi tadi suami kata "kulit saya dah semakin lembut dan licin".... Woww seronok nya...sape yang tak suka kan kene puji. Lebih-lebih lagi suami sendiri yang puji...kannn!? Rasa nak terbang tinggi-tinggi dok berangan lama-lama...hehehe (syok sendiri pulak)

Haa..nak tahu tak ape rahsia sebenar kulit saya makin lembut dan licin? Mai la nak share produk yang saya consume sejak seminggu yang lalu..Memperkenalkan Collagen Powder dari Shaklee.




Hari saya nak kongsi testimoni mengenai kolagen dari Shaklee ini..TERBAIK!! Memang hebat dan sungguh berkesan!

Semasa zaman remaja saya mempunyai masalah kulit yang berjerawat (benanah tu) dan berminyak (pon sentiase bekilat jer muka), pori-pori besar, balckhead & whitehaed!! Eeee... kalau anda semua dapat bayangkan macam mana rupa wajah saya kan. Kalau nak di tunjukkan foto memang saya tak ada dalam simpanan sebabnya mudah jer kalau dah kulit macam tu saya memang saya akan tolak untuk bergambar! Lagi satu abaang saya sendiri pernah mengejek saya bahawa kulit muka saya tu dah macam rempeyek kacang tanah...huhh sabo jer la. Sampai hati kannn...

Selepas berkahwin jerawat saya makin surut tetapi masih meninggalkan kesan parut pada wajah. Kadang-kala bengkak kemerahan yang hodoh..Belum cerita bab bila nak datang bulan..sure-sure nya lah  jerawat akan muncul! Bukan dimuka saja malahan di belakang badan pon ade. 

Dipendekkan cerita lepas melahirkan anak yang kedua dan peningkatan usia yang mencecah ke angka 30-an saya tercari-cari produk untuk membantu masalah saya ini. Awal-awal lagi saya memang sudah menanam azam untuk meningkatkan kesihatan tubuh dan mencari penawar masalah jerawat, kulit kusam serta kulit berminyak yang saya hadapi.

Dalam masa yang sama saya masih menyusukan anak kedua saya iaitu Nur Zahirah ketika itu. Tekatkan diri dan kuatkan semangat untuk memberi susu ibu selama 2 tahun..Bertitik-tolak dari itu saya mecari info-info mengenai penyusuan dan sekali gus meningkatkan kualiti susu saya.

Dapat semua maklumat saya bincang dengan suami mengenai produk Shaklee ini. Bermula dengan Set Penyusuan asas (ESP ~ Energizing Soy Protien + Alfalfa). Seperti jangkaan memang sangat berbaloi rezeki untuk anak saya semakin bertambah dan susu yang sungguh meriah. Jika ada rezeki lebih saya akan membeli sedikit demi sedikit suplimen dari Shaklee ini. Alhamdulillah saya masih menyusukan nur kini genap berumur 1 tahun 2 bulan.

Ok bebalik cerita tadi, bulan oktober ini aden alah promo untuk Collagen Powder. Jadi saya ambil peluang untuk mencubanya sendiri. Beli 6 percuma 1...tak mau lepaskan peluang tau!

Ehmm..Alahamdulillah selepas seminggu saya menggunakannya nampak sedikit demi sedikit perubahan pada kulit saya. Walau pon tak lah seputih salju dan secerah mana pun tetapi menampakkan keberkesanan kolagen ni. Tompok-tompok hitam makin pudar dan jerawat cepat kering selain kulit makin licin. Tambah teruja pabila suamiku perasan akan kelainan pada diri. 


 


Kenapa saya memilih kolagen dari shaklee??

Kerana ia antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam. Kerana kolagen bersumber ikan strukturnya yang mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil mudah diserap oleh tubuh manusia dan sebab ia tahan lasak. 

Sumber sisik ikan merah (4000mg), size kolagennya yang sangattt kecil iaitu 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera), dilengkapi dgn klinikal study, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas.. memang perfect. 





So selepas ni saya akan meneruskan pengambilan kolagen (ofcouse jenama Shaklee) untuk kesihatan dan kecantikan diri ini. Perlu mengambil langkah sejak awal sebelum terlambat!


Haa..setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan pada anda semua...


Jumpa lagi dilain entri ya....



Woww...Cantik Nyerrr!


Sebut jer perkataan cantik mesti semua orang nak kan? Ada ker orang yang tak nak..ehmm sure semua nak kan? Camner yer nak cantik yer? 

Ha..mari sini saya nak bagitahu rahsia nya...jeng jeng jeng..

Tadaaaa..

Ini adalah Kolagen dari Shaklee..yang memang terbaiklah!


Kolagen merupakan tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata , gusi dan salur darah.
  • ·lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
  • ·kolagen melindungi organ, perut,hati, jantung, paru-paru ,saluran darah, sel otak dan lain-lain
  • ·80% daripada tulang adalah kolagen
  • ·kornea juga adalah kolagen
  


Selain itu sumber kolagen dari sisik iakn merah ini sangat bermutu tinggi dan membekalkan 4000mg kolagen "RSS proprietari" bagi setiap hidangan. Oleh itu ia mempunyai jisim molekul serendah 1000 dalton bagi penyerapan unggul.




 Selain itu kolagen dari Shaklee ini menyokong pembentukan tisu-tisu penghubung dengan bahan-bahan berikut :-
  • Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga
  • Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas
  • Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh. Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen Powder memberikan
  • Keanjalan, penghidratan dan antioksidan :terbukti  dari segi kualiti, kesan yg segera seawal 1-2hari (ni ikut badan masing2 ye sbb kalau ikut klinikal study, kesan yg mengujakan adalah seawal 8 minggu) 
Manfaat kolagen :~
 
~ sebagai anti penuaan
 
~ mencerahkan kulit
 
~ melembabkan kulit
 
~ menegangkan payudara
 
~ menyuburkan rambut
 
~ meningkatkan pergerakan sendi
 
~ mengembalikan keanjalan kulit

Ok jangan lepaskan peluang untuk mencuba ya....

Wednesday 9 October 2013

Mengepam susu ditempat kerja...

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa keperluan   mengepam susu ditempat kerja bagi ibu-ibu yang akan kembali bertugas tidak lama lagi. Ini perlu bagi memastikan stok susu mencukupi.


Pemilihan Pam Susu

Anda akan memerlukan:
  •  Pam Elektrik - berbentuk satu atau dua hala (adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal)
  •  Pam Manual - mampu milik
  •  Pam menggunakan tangan


 Pam Elektrik Spectra 3...

 Pam Manual Medela..


Sebagai langkah awal siibu perlu membiasakan diri untuk mengepam susu semasa dalam tempoh berpantang lagi. Ini bagi merangsangkan pengaliran dan pengeluaran susu yang lebih efisyen.

Seharusnya ditempat kerja anda menyediakan satu bilik bagi ibu-ibu yang bekerja untuk mengepam susu seperti surau, bilik pejabat yang tidak digunakan, bilik persidangan atau bilik stor yang bersih  lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Selain itu jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat.Sokongan dan galakan dari orang sekeliling anda bagi memastikan penyusuan dapat dilaksanakan dengan jayanya..

Penting bagi anda tahu bahawa
  1. selepas bayi menyusu payudara perlu dikosongkan sepenuhnya
  2. ambil masa untuk mengepam di antara 15-20 minit bagi kedua-dua payudara / setiap sesi
  3. kekerapan pengepaman yang konsisten bagi tujuan penghasilan susu yang lebih banyak
  4. jangan tunggu payudara penuh / keras baru hendak mengepam. Ini akan  meyebabkan pengeluaran susu merundum
  5. anda hendaklah dalam keadaan tenang (tidak stress)
  6. berzikir "Ya Mattin" bermaksud Maha Sempurna KekuatanNya
  7. pengambilan makanan yang seimbang setiap hari
  8. air kosong perlu diambil dalam kuantiti 2-3 liter sehari (bahan asas kepasa susu ibu)
  9. pengambilan makanan tambahan atau suplemen
  10. rehat yang mencukupi 

Jadi dengan keazaman yang tinggi dan  usaha yang konsisten kejayaan bersama anda.

Sekian.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575













Saturday 5 October 2013

WELLNESS WORKSHOP ~ BENGKEL NUTRISI SHAKLEE 2013..besttt!!

Berita pasal bengkel nutrisi yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya ni saya dapat tahu melalui facebook upline saya iaitu Wan Fatihanum....terima kaseh kepada beliau dengan info tersebut. Maklum la buat pertama kalinya saya akan menyertai bengkel tersebut.

Masa beli tiket dekat HQ di Empire Subang hari tu, masya Allah punya la ramai nyer orang dalam tu dok beratur nak membeli barang Shaklee. Kalau diikutkan masa saya mula2 join Shaklee ni kalau hari2 minggu macam hari sabtu ni orang memang ramai tapi tidak la sampai kene beratur hingga ke luar office....dah jadi satu Fenomena pulak Shaklee sekarang ni!!! Sambutan yang diluar jangkaan..

Jadi saya skip giliran lepas seorang kakak ni habis di kaunter...dapat la beli tiket berharga rm40 tanpa menunggu lama....dah ade tiket simpan elok2 dan tak sabar nak menunggu harinya tiba...

Tiket yang berjaya diraih...


Tadaaa...muncul la hari yang ditunggu-tunggu..

Bergerak dari rumah jam 9.30 pagi tadi...ehmm dalam 15 minit dah sampai...Shah Alam ke Subang jer kot...hehehe. Alhamdulillah...
Suami dan anak perempuanku nur yang menghantar sampai di depan lobi hotel...kesian pulak bila tengok nur tepinga-pinga kononnyer ingat nak berjalan-jalan la tu..maaf yer anakku ibu tugas untuk menambah ilmu.

Buku nutrisi...snap gambar dulu sebelum kelas bermula..

Untuk Sesi pertama disampaikan oleh Mr.Ethan Wang mengenai Online Training Manual ~ manual latihan dalam talian...senang cerita dia ajar macam mana nak oder melalui online...sila la layari laman ini iaitu https://www.shaklee2u.com.my/...banyak info-info menarik yang dikongsikan.

Haa..ini lah orangnya..kelakar jer masa bagi speech tadi..


Ok..untuk sesi kedua disampaikan oleh Mrs Celina Lim mengenai nutrisi-nutrisi pada setiap produk Shaklee. Sangat banyak info-info dan makluman yang penting yang telah dikongsikan bersama oleh beliau. 

Sebagai contoh "sebab kenapa kita perlukan suplemen untuk kehidupan harian kita?"..
  • Pencemaran alam sekitar yang boleh menyebabkan kerosakan tanaman dan kepada manusia
  • Cara pemprosesan makanan yang  tidak mengikuti piawaian yang betul
  • Gaya hidup masakini yang tidak sihat dan sentiasa sibuk
  • Keperluan zat harian yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Pengunaan bahan kimia atau racun perosak kepada tanaman
  • Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan
Kepentingan mengambil vitamin ni bukan hanya pada orang dewasa sahaja..kanak-kanak pun harus diutamakan...kerana meraka masih kecil tahap imun yang rendah akan cenderung untuk dijangkiti sebarang penyakit...sudah tentu sebagai ibu-ibu yang prihatin rasa kesian bila tengok anak-anak kita dalam keadaan begitu. Maka apa tunggu lagi sebelum terlambat kerana nyawa tiada nilainya jika kita terlewat untuk mengambil lankah pencegahan!

Jommss..ramai-ramai kita meningkatkan tahap kesihatan keluarga ke arah yang lebih baik untuk kehidupan yang akan datang...!!

Berbalik pada sesi tadi diselitkan juga sedikit permainan bagi meghilangkan mengantuk...macam permainan kotak beracun tu jer...kebetulan saya yang kena...tampil ke depan dan beri sedikit pendapat mengenai produk kegemaran saya..Oh sudah tentu ibu menyusu seperti saya sukakan ESP (Energizing Soy Protien)...ia menjadikan susu saya pekat, bayi cepat kenyang dan susu lebih meriah gitu..dan diberikan hadiah yang kecil tapi besar penghargaannya pada saya.

 Rezeki hari ni...ole-ole dari Shaklee

Selain itu selepas selesai Mrs. Celina memberi ceramah ada juga sesi berkumpulan dan persembahan kumpulan diakhirnya...banyak ilmu yang dapat saya kutip melalui aktiviti dalam kumpulan ni...sudah tentu menambahkan kenalan dan bertukar-tukar cerita dalam berbiz bersama Shaklee ni...pengalaman yang sangat berharga dan suntikan semangat yang sungguh LUARBIASA!!

Setelah penat seharian dalam majlis ilmu sebegini inilah hasilnya...tadaaa..


Ok sampai kat sini saja buat kali ini...panjang umur dan dimurahkan rezeki kita dapat berjumpa lagi.....




Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575







Friday 4 October 2013

Testimoni Alfalfa Complex


Alhamdulillah...bila diingat-ingatkan sudah lama juga saya mengambil Alfalfa Complex sebagai peneman setia dalam tempoh menyusukan  nur....Ianya adalah salah satu di dalam set penyusuan ibu yang sangat Hebattt!!..



Kenapa ianya hebat??

Kerana Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai berbagai manfaat untuk kesihatan harian kita. Alfalfa (Medicago sativa) juga lebih dikenali sebagai " Raja Segala Tumbuhan". Melalui produk dari Shaklee Alfalfa ditanam secara organik di California yang menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Ia merupakan  gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa yang mengambil masa selama 2 tahun untuk membesar. Akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Apabila sudah mencapai kematangan mutlak dan matang daunnya yang kaya dengan klorofil akan dituai.  Proses pengeringan yang dengan udara semulajadi untuk mengekalkan nutrisi didalamnya dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tablet bersamaan 300mg alfalfa.

 
Alfalfa

Serbuk Alfalfa..

Kandungan Alfalfa
  • Kaya dengan vitamin & mineral Alfalfa Shaklee yang mengandungi Vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
  • Mengandungi mineral kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan zat Besi.
  • Mengandungi Flourida, Protein, Mineral surih, serat, Asid lemak dan anti oksida

Manfaat alfalfa??

Berikut adalah  beberapa manfaat alfalfa ;
  1. Sifat beralkalinya yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, boleh hilangkan toksin di dalam badan, bersihkan hati ,kolon, daran dan mencantikkan kulit dan otot
  2. Memperbaiki keadaan kulit ,kurap,bau badan  dan hidung sensitif dengan berkesan
  3. Baik untuk  perubahan patologi dalam usus dan perut yang mana memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung ,ulser gastrik,hepetatis,sembelit dan hyperacidity
  4. Menyinkirkan lemak dan kolestrol - melalui ujian klinikal penggunaan jangka panjang boleh menghapuskan lemak, kurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi selain ia mengandungi saponin seperti span yang bertindak untuk menyerap kolestrol
  5. 30-50 tablet bagi mengalkalikan badan yang boleh baiki sel -sel kanser dan membuang tumor
  6. Sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit dan melegakan keletihan
  7. Melegakan sakit atristis dan kesakitan

330 tablet & 700 tablet


Bagi saya yang telah lama consume alfalfa ini macam-macam sudah mendapat manfaatnya. Kalau dulu ketika masih anak dara saya mengalami masalah keputihan yang tidak serius.Tapi sejak mengamalkan alfalfa ni tiada lagi keputihan!!..Selain hubungan suami isteri yang semakin intim!

Sudah tentu juga ia sebagai milk booster yang sangat mengagumkan bagi para-para ibu seperti saya. Lebih-lebih lagi jika di ambil bersama ESP (Energizing Soy Protien). Selain  bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan kita dan baik bagi sistem pencernaan badan..Itulah di antara kelebihan afalfa.

Banyak kelebihan yang ada pada Alfalfa ini...ambillah langkah SEGERA bagi mengatasi masalah anda....

Jadi setakat disini saja..jumpa dientri yang lain ya..

Sekian.



Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya
Call/Sms/Whatsapp : 0132186706
Email : norhafizahabusuid@gmail.com
ID Shaklee : 953575